Sunday 24 January 2016

KUIZ PENGAJIAN MALAYSIA

KUIZ BAB 3 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN 


1. Menurut J.S Furnivall, diantara ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia adalah

    i.Setiap bangsa mempunyai agama, bahasa dan budaya sendiri.
    ii.Terdapat pelbagai bangsa, ras dan etnik.
    iii.Mereka hidup bersama tetapi tidak bercampur atau tidak bersatu.
    iv.Terpisah disebabkan unit politik.

    A. i dan ii
    B. i, ii dan iii
    C. i, iii dan iv
    D. i, ii, iii dan iv


2. Apakah yang menyebabkan wujudnya masyarakat yang pelbagai bangsa di negara ini oleh faktor?

    A. Imperialisma
    B. Kolonialisma
    C. Kapitalisma
    D. Federalisma


3. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, manakah yang bersangkut paut dengan perpaduan dan hubungan etnik?

    i. Bahasa Melayu bahasa rasmi Negara
    ii. Agama Islam agama rasmi Negara 
    iii. Hak istimewa orang Melayu
    iv. Politik

    A. i dan ii
    B. i dan iii
    C. i, ii dan iii
    D. ii, iii dan iv

4. Agama Islam merupakan agama rasmi. Walaubagaimanapun, agama lain juga diberi kebebasan untuk diamalkan dengan aman dan tenteram. Kenyataan ini merujuk kepada _________ Perlembagaan Persekutuan.

    A. Perkara 3(1)
    B. Perkara 152
    C. Perkara 153
    D. Perkara 160

5. Dari segi budaya, masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka telah mengalami proses _________ dengan masyarakat tempatan.

    A. Asimilasi
    B. Amalgasi
    C. Naturalisasi
    D.Integrasi

6. Menurut agama islam, tujuan utama manusia diciptakan dengan pelbagai bangsa adalah

    A. Membentuk ukhwah
    B. Berbaik-baik diantara satu sama lain
    C. Untuk berkenal-kenalan diantara satu sama lain
    D. Mencari apakah kelemahan bangsa lain

7. Kesan kedatangan bangsa asing di Negara adalah seperti berikut KECUALI

    A. Sekolah pelbagai aliran
    B. Bahasa yang berlainan
    C. Pertumbuhan pekan kecil
    D. Kegiatan ekonomi yang berlainan

8. Kadazan, Dusun, Bajau. Ketiga-tiga suku kaum di atas adalah suku kaum yang terdapat di 

    A. Sabah
    B. Sarawak
    C. Orang Asli
    D. Wilayah Persekutuan

9. Berikut merupakan faktor mengapakah buruh di China dan India berminat untuk datang bekerja sebagai buruh di Tanah Melayu KECUALI

    A. Kekurangan pekerjaan di negara asal
    B. Ketidakstabilan politik di negara asal
    C. Galakan dari sultan 
    D. Pertambahan penduduk dan kekurangan makanan

10. Orang Cina yang bekerja di ladang gambir di Tanah Melayu dibawa masuk melalui sistem 

    A. Sistem Ahli
    B. Sistem Kangcu
    C. Sistem Kangani
    D. Sistem Kad

1 comment: