Friday 1 April 2016

CABARAN MENCAPAI WAWASAN 2020

Wawasan 2020 ialah cetusan idea, pandangan atau saranan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir untuk membangun negara Malaysia dan corak negara Malaysia yang diingini pada tahun 2020. Pandangan ini telah dikemukakan di dalam kertas kerjanya yang berjodol "Malaysia: The Way Forward" yang diucapkan di persidangan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Feb 1991 dan merupakan huraian yang jelas tentang arah perkembangan masa depan negara ini. Pandangan dan saranan ini kini menjadi gagasan negara dan dikenali sebagai WAWASAN 2020.


Matlamat Wawasan 2020 ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju dari segala segi iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian yang maju tetapi mengekalkan nilai-nilai murni, menikmati taraf hidup yang tinggi, keamanan dan keadilan sosial serta bangga terhadap negara


Petikan kertaskerja "Malaysia Melangkah Ke Hadapan"

Matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Adakah kita mahu menjadi seperti 19 negara sekarang yang digelar negara maju? Setiap daripada 19 buah negara ini mempunyai kekuatan tersendiri. Tetapi setiap negara itu juga mempunyai kelemahannya. Tanpa meniru salah satu daripada negara berkenaan, kita masih boleh membangun. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita.

Malaysia tidak patut dibangunkan daripada segi ekonomi sahaja. la mesti menjadi negara maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, sosial, kejiwaan, psikologi dan kebudayaan. Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan, maruah bangsa dan keyakinan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokrasi liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil daripada segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing dinamik, giat dan kental.

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya mengatasi sembilan cabaran strategi yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai negara merdeka.
Dr. Mahathir Mohammad "Malaysia Melangkah Ke Hadapan" (kertaskerja) 28 Feb. 1994


KANDUNGAN

1. Cabaran Pertama
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

2. Cabaran Kedua
Membina masyarkat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan

3. Cabaran Ketiga
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang

4. Cabaran Keempat
Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika

5. Cabaran Kelima
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi

6. Cabaran Keenam
Membina masyarakat yang maju dan saintifik

7. Cabaran Ketujuh
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang

8. Cabaran Kelapan
Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya

9. Cabaran Kesembilan
Memupuk dan membina masyarakat makmur

1 comment:

  1. Online Casino Games: How to Win and Where to Play Them
    The games are developed to include real money and high odds. If you are a 온카지노 gambler, it is very important to know how to 바카라 사이트 keep the risk on you septcasino

    ReplyDelete